Close

Apple membuka peluang pekerjaan di Malaysia – Mengesahkan lagi Apple Store di TRX

Baru-baru ini telah tertiris imej yang memperlihatkan logo Apple sedang dalam proses pemasangan di sebuah lokasi di Malaysia. Ia sekaligus memberi petanda yang Apple mungkin akan membuka Apple Store pertama di Malaysia tidak lama lagi.

Perkara ini disahkan melalui laman rasmi Apple yang mengiklankan pencarian pekerja untuk Apple Retail di Malaysia. Melalui iklan tersebut, memperlihatkan lebih dari 11 jawatan kosong untuk diisi. Walaubagaimanapun, tiada sebarang lokasi yang didedahkan sebaliknya ia hanya menyatakan pelbagai lokasi di Malaysia. 

Bagi anda yang berminat untuk menjadi sebahagian dari Apple, anda boleh layari laman rasmi Apple untuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong yang dibuka.

ARTIKEL BERKAITAN