Close

Apple merancang untuk memindahkan pengeluaran iPad ke India

Apple ketika ini sedang mengurangkan kebergantungan pengeluaran produk mereka di China. Bermula dengan memindahkan pengeluaran model lama seperti iPhone SE seterusnya model asas iPhone 14. Kini, Apple dikatakan bersedia untuk memindahkan pengeluaran iPad ke India.

Menurut laporan CNBC, Apple dikatakan telah mula membincangkan beberapa perkara penting mengenai penempatan pembuatan iPad ke India. Tetapi, terdapat beberapa halangan untuk meneruskan perkara tersebut antaranya seperti kekurangan kepakaran dalam pembuatan.

Pembekal utama iaitu Foxconn turut dikatakan telah melabur untuk pengeluaran di India dengan menyasarkan pengeluaran sekitar 25% menjelang 2025. Ia juga turut dibantu beberapa pembekal lain seperti Wistron dan Pegatron dalam mengembangkan pembuatan di luar China.

Selain India, Apple juga dikatakan ingin mengembangkan pengeluaran mereka ke Vietnam. Sebelum ini, Apple telah dikritik berikutan kebergantungan kepada China dan telah menjadi isu utama dalam ketegangan antara Amerika Syarikat dan China.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN