Apple mungkin akan melancarkan iPad mini baharu pada 2023 - FUZZ.MY

Wednesday, December 28, 2022

Apple mungkin akan melancarkan iPad mini baharu pada 2023


Menurut penganalisis Ming Chi-Kuo, Apple dijangka akan melancarkan iPad mini baharu pada penghujung 2023 atau seawal 2024. 


 

Menurut Kuo lagi, iPad mini baharu ini akan dikuasakan dengan cip baharu yang lebih berkuasa. Menjadikan ia salah satu titik penjualan peranti tersebut. Dari segi reka bentuk, tidak dapat dipastikan adakah ia hadir dengan reka bentuk baharu atau akan menggunakan reka bentuk yang sama.


Selain itu, Apple dikatakan tidak akan menggantikan iPad mini kepada iPad boleh-lipat, berikutan harga jualan adalah lebih mahal berbanding iPad mini.


Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai iPad mini baharu. Kami menjangkakan, yang peranti ini mungkin hadir dengan spesifikasi yang dipertingkat tetapi, tiada sebarang perubahan dari segi rekaan. Namun begitu, perkara ini masih terlalu awal untuk diperkatakan.


(Sumber)