Secara asasnya, AirPods Pro edisi terhad ini masih membawakan spesifikasi dan harga yang sama seperti model biasa. Namun, apa yang istimewa adalah terdapatnya ukiran Arnab dengan warna yang berbeza pada bekas pengecas dan juga pada kotak pembungkusannya.
Pada tahun lalu, Apple telah memperkenalkan AirPods Pro dan Beats Studio Buds dengan tema Harimau. Yang mana, ia hadir dengan konsep yang sama iaitu terdapat ukiran pada bekas pengecas dan kotak pembungkusannya.
Malangnya, AirPods Pro edisi terhad ini hanya tersedia untuk pasaran China, Taiwan, Hong Kong dan Macau.