Close

Apple perkenalkan ciri karaoke melalui Apple Music Sing

Apple secara rasminya melancarkan Apple Music Sing, yang mana ciri ini membolehkan pengguna karaoke dengan lagu yang ada dalam Apple Music.

Melalui Apple Music Sing, pengguna boleh melaraskan vokal penyanyi dan akan turut memaparkan lirik dalam yang sama. Selain itu, ia juga menawarkan keupayaan untuk memaparkan berbilang lirik untuk berduet.

Ciri baharu ini dijangka akan tersedia untuk semua pelanggan Apple Music bermula pada penghujung bulan ini. Ciri ini menyokong pada peranti iPhone, iPad dan juga Apple TV.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN