Bermula 29 Disember 2024 semua peranti elektronik wajib menggunakan USB-C - FUZZ.MY

Friday, December 9, 2022

Bermula 29 Disember 2024 semua peranti elektronik wajib menggunakan USB-C


Kesatuan Eropah sebelum ini telah mengeluarkan arahan yang mewajibkan kesemua peranti elektronik menggunakan sambungan jenis USB-C menjelang tahun 2024.



Terkini, Kesatuan Eropah telah menetapkan 28 Disember 2024 sebagai tarikh akhir pengeluar menggunakan sambungan selain USB-C. Selepas tarikh tersebut, kesemua peranti elektronik termasuk iPhone diwajibkan menggunakan pengecasan jenis USB-C.


Selain itu, Kesatuan Eropah turut menyatakan yang semua pengecasan USB-C yang menyokong pengecasan lebih dari 15W perlu menyertakan ciri USB-Power Delivery.


Arahan penggunaan pengecasan jenis USB-C ini meliputi peranti elektronik seperti telefon, tablet, kamera digital, fon kepala, konsol, papan kekunci, sistem navigasi mudah alih, pembesar suara mudah alih dan juga tetikus.


(Sumber)