Syarikat baharu Celcom Digi akan mula beroperasi bermula hari ini iaitu 1 Disember 2022. Dengan gabungan tersebut kedua-duanya akan memegang pemilikan saham yang sama dalam Celcom Digi pada 33.1% dengan baki 33.8% dipegang oleh EPF, PNB, KWAP dan juga pemegang saham yang lain.
Pada tahun 2019, Celcom dan Digi telah mengumumkan penggabungan. Namun, penggabungan itu memerlukan pelbagai proses sebelum ia boleh di muktamadkan.