Close

CIMB bakal hadkan akses aplikasi untuk satu peranti berdaftar sahaja

Seiring dengan langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan penipuan. CIMB bakal menambah beberapa fungsi keselamatan baharu pada aplikasi mereka.

Antara fungsi baharu yang akan dibawakan adalah menghadkan akses aplikasi CIMB Clicks kepada satu peranti berdaftar sahaja. Pengenalan fungsi ini dilihat dapat meningkatkan lagi keselamatan akaun dan dapat menangani isu penipuan yang semakin berleluasa.

Dalam masa yang sama, CIMB turut menyarankan pengguna untuk log keluar CIMB Clicks pada peranti bukan utama sebelum Mac 2022. Sekiranya gagal, semua peranti akan dilog keluar secara automatik.

Selain itu, CIMB turut menambah satu lagi fungsi baharu, memerlukan pengguna membuat pengesahan melalui panggilan suara apabila melakukan log masuk pada CIMB Clicks atau CIMB OCTO buat pertama kali pada peranti baharu.

Tujuan pengesahan melalui panggilan suara dibuat adalah untuk mengesahkan yang log masuk tersebut dilakukan oleh pemilik akaun.

Sebelum ini, CIMB turut menambah fungsi keselamatan pada aplikasi CIMB Clicks yang memerlukan pengesahan SecureTAC sekiranya transaksi melebihi RM100. Fungsi ini telahpun dikuatkuasa sejak 5 Disember 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN