Close

Cip A17 Bionic dilaporkan memfokuskan kepada jangka hayat bateri daripada prestasi

Seperti yang kita tahu, cip Bionic sememangnya mempunyai keupayaan prestasi yang menakjubkan. Jadi, tidak hairanlah sekiranya cip Bionic sering menjadi yang teratas dalam keputusan penanda aras.

Tetapi, untuk cip yang seterusnya iaitu cip A17 Bionic, Apple dikatakan lebih memfokuskan kepada jangka hayat bateri daripada prestasi. Namun begitu, cip A17 Bionic masih lagi menawarkan prestasi yang lebih baik dari cip A16 Bionic.

Perkara tersebut didedahkan oleh TSMC dengan menyatakan, teknologi binaan 3nm yang digunakan pada cip A17 Bionic untuk iPhone 15 akan tampil dengan pretasi yang lebih baik dan 35% lebih jimat kuasa berbanding teknologi binaan 5nm.

Selain cip A17 Bionic, Apple turut akan menggunakan teknologi yang sama pada cip M3. Yang mana kesemua cip tersebut akan dihasilkan oleh TSMC.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN