Close

Ciri Avatar kini tersedia untuk semua pengguna WhatsApp

WhatsApp kini sedia menawarkan ciri baharu yang dipanggil sebagai Avatar. Ciri ini membolehkan pengguna mencipta avatar sendiri untuk digunakan sebagai emoji, sticker ataupun gambar profil.

Menariknya, selepas selesai menghasilkan avatar. WhatsApp secara automatik akan menghasilkan 36 pek sticker mengikut kepada avatar yang dihasilkan. Pek sticker tersebut boleh digunakan sebagai reaksi pada mesej ketika berkomunikasi dengan pengguna lain di WhatsApp. 

Untuk mula mencipta avatar sendiri, pengguna perlu mengemaskini WhatsApp kepada yang terkini melalui App Store atau Google Play. Seterusnya, buka WhatsApp > tetapan > pilih avatar kemudian cipta avatar anda sehingga selesai. Selamat mencuba.

ARTIKEL BERKAITAN