Close

DaVinci Resolve kini tersedia untuk pengguna iPad

BlackMagic Design akhirnya melepaskan aplikasi suntingan video popular mereka iaitu DaVinci Resolve untuk pengguna iPad.

Melalui DaVinci Resolve, ia menawarkan keupayaan suntingan dan juga pembetulan warna yang bertaraf Hollywood. Selain itu, ia turut menyokong beberapa keupayaan lain seperti Blackmagic Cloud Collaboration, DaVinci Neural Engine, 3D Trackers, magic mask dan banyak lagi. Aplikasi ini juga menyokong Apple Pencil dan juga skrin sesentuh.

Spesifikasi minimum untuk menjalankan DaVinci Resolve adalah iPadOS 16 dengan cip A12 dan ke atas. Namun, BlackMagic Design menyarankan pengguna untuk menggunakan iPad M1 atau M2 Pro untuk menikmati pengalaman penggunaan yang lancar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN