Close

Dividen ASB 2022 adalah 4.60 sen dengan bonus 0.50 sen

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah mengumumkan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2022 ialah 4.60 sen seunit untuk dana utama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Selain itu, ASNB turut mengumumkan bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama untuk dana utama. 

Pengagihan pendapatan ini menyaksikan lebih dari 10.6 juta pemegang unit ASB akan menerima manfaat dengan jumlah pengagihan pendapatan keseluruhan sebanyak RM8.9 billion.

 ASNB juga dikatakan berjaya memnberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif mengatasi penanda aras kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank dengan kadar purata sebanyak 2.27% sepanjang tahun.

Jumlah bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.6 juta akaun, manakala unit dalam edaran meningkat sebanyak 4.6 bilion atau 2.53% kepada 186.4 bilion unit.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2021 PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit bersama bonus ehsan 0.75 sen seunit.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN