Close

DNB dilaporkan sedia untuk berkerjasama dalam penilaian semula kontrak 5G

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan untuk melakukan semakan semula kontrak rangkaian 5G yang diberikan oleh DNB pada syarikat Telekomunikasi Sweden.


Berikutan dari itu, DNB telah mengeluarkan kenyataan bahawa penganugerahan kontrak rangkaian 5G pada Ericsson telah dilakukan secara telus dan bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk semakan semula kontrak tersebut.
Menurut DNB lagi, proses tender tersebut telah diuruskan oleh Ernst & Young Consulting Sdn Bhd, merupakan salah satu daripada empat firma perakaunan global terkenal dan dijalankan secara telus.
Ketika ini, lima syarikat telekomunikasi utama telahpun menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G untuk pengguna mereka. Lima syarikat tersebut adalah Celcom, Digi, Unifi, U Mobile dan juga YES. Maxis buat masa ini belum lagi menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G untuk pengguna mereka.

ARTIKEL BERKAITAN