Close

DNB kemaskini senarai iPhone yang menyokong 5G di Malaysia

Seiring dengan kemaskini iOS 16.2 yang membolehkan pengguna iPhone mula menggunakan rangkaian 5G di Malaysia. DNB turut mengemaskini senarai iPhone yang menyokong 5G di Malaysia.



Melalui penyenaraian terkini dari DNB, memperlihatkan 13 model iPhone telah disenaraikan menyokong rangkaian 5G di Malaysia. Antara model yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia adalah seperti iPhone SE (2022), siri iPhone 12, siri iPhone 13, dan siri iPhone 14.


Sebelum ini, DNB hanya menyenaraikan 8 model iPhone sahaja iaitu siri iPhone 12 dan siri iPhone 13. Melalui penawaran ini, pengguna iPhone kini boleh menikmati kelajuan rangkaian melalui 5G dengan kelajuan purata sekitar 380 Mbps.

ARTIKEL BERKAITAN