Close

Elon Musk bukan lagi manusia paling kaya di dunia

Pemilik Tesla dan Twitter iaitu Elon Musk kini bukan lagi manusia paling kaya di dunia. 

Menurut Forbes, kekayaan Elon Musk ketika ini adalah sekitar $178 bilion. Berikutan dari itu, kedudukan tersebut telah dipintas oleh Bernard Arnault yang merupakan CEO kepada barangan mewah Louis Vuitton (LVMH) dengan kekayaan sekitar $188 bilion.

Antara sebab perkara ini terjadi adalah kerana kejatuhan nilai saham Tesla berikutan dari beberapa masalah seperti siasatan mengenai kemalangan dan juga mengenai fungsi pemanduan automatik yang dikatakan kurang selamat.
Pengambilalihan Twitter juga turut mempengaruhi kepada permasalahan ini berikutan Elon Musk terpaksa menjual berbillion-billion saham Tesla untuk membeli Twitter. Selain itu, proses dan isu perundangan pemilikan Twitter juga turut menyumbang kepada kejatuhan nilai saham Tesla.

ARTIKEL BERKAITAN