Close

EU bakal mewajibkan semua bateri peranti elektronik boleh ditanggal dan diganti


Seperti yang kita tahu, Kesatuan Eropah telahpun mengeluarkan arahan yang mewajibkan kesemua peranti elektronik menggunakan sambungan jenis USB-C menjelang tahun 2024.


Sehubungan dengan itu, Kesatuan Eropah dikatakan akan membawakan satu lagi undang-undang baharu yang mewajibkan semua bateri peranti elektronik boleh ditanggalkan dan diganti oleh penggunanya. 


Undang-undang baharu ini bukan hanya kepada peranti elektronik sahaja tetapi ia juga melibatkan skuter elektrik, kereta elektrik dan juga peralatan perindustrian elektrik. Bateri yang digunakan juga perlu mempunyai label dan kod QR dengan maklumat lengkap seperti kapasiti, prestasi, bahan dan sebagainya.

Selain itu, bateri yang dihasilkan wajib mempunyai peratusan komponen yang diambil dari sumber kitar semula dan semua bateri kenderaan elektrik perlu 100% boleh dikitar semula selepas sampai tarikh luputnya.

Walaubagaimanapun, undang-undang baharu ini dijangka akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun akan datang. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN