Close

Foxconn bukan pembekal ekslusif untuk iPhone 15 Pro

Buat masa ini, Foxconn merupakan pembekal ekslusif untuk penghasilan model Pro. Namun, untuk pengeluaran yang seterusnya Foxconn tidak lagi menjadi pembekal ekslusif untuk Apple.

Menurut TrendForce, Apple akan menambah pembekal dengan Luxshare akan menjadi pengeluaran bersama dengan Foxconn untuk penghasilan siri iPhone 15 Pro. Namun begitu, Apple tidak mendedahkan maklumat berkenaan jumlah yang akan dihasilkan oleh Luxshare.
Tidak hanya akan menghasilkan iPhone 15 Pro, Luxshare juga dikatakan akan menghasilkan 10% pesanan untuk iPhone 14 Pro dan Pro Max yang dijangka akan bermula pada hujung bulan ini. Selain Luxshare, Pegatron juga dilaporkan akan menghasilkan jumlah yang sama.
Langkah ini diambil untuk mengurangkan kebergantungan pada satu pembekal dalam masa yang sama dapat mempercepatkan lagi penghasilan. TrendForce turut menjangkakan dalam masa terdekat kebanyakkan peranti Apple akan dihasilkan dari India dan Vietnam.

ARTIKEL BERKAITAN