Close

Fungsi Add To Queue kini tersedia untuk YouTube Premium pada Android dan iOS

YouTube, sebelum ini telahpun membawakan beberapa perubahan antaramuka pada aplikasi YouTube. Terkini, YouTube telah menambah satu lagi fungsi iaitu Add To Queue untuk pengguna YouTube Premium pada Android dan iOS.


Melalui fungsi ini, pengguna boleh menyusun video yang ingin ditonton dalam satu senarai, seterusnya video akan dimainkan mengikut urutan yang telah di susun. Fungsi ini juga boleh digunakan sewaktu menonton. Selain itu, pengguna juga boleh menambah atau membuang video ke dalam senarai.

Buat masa ini, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna YouTube Premium pada Android dan iOS. Jika anda pengguna YouTube Premium, fungsi ini boleh diaktifkan melalui tetapan di bahagian Try new Features dan ia hanya tersedia sehingga 28 Januari 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN