Close

Fungsi kecemasan SOS pada iPhone 14 berjaya selamatkan lelaki yang terkandas di Alaska

Apple mula menyertakan ciri komunikasi satelit pada siri iPhone 14, yang mana ciri ini membolehkan pengguna untuk menghantar mesej kecemasan atau fungsi SOS tanpa memerlukan sebarang sambungan selular atau WiFi.

Ciri ini sememangnya sangat berguna, apabila berjaya menyelamatkan seorang lelaki terkandas di Alaska. Kisahnya bermula, apabila State Troopers Alaska  menerima laporan seorang lelaki yang menggunakan Snow Machine dari Noorvik ke Kotzebue telah terkandas di kawasan terpencil tanpa sebarang sambungan.
Berikutan dari itu, lelaki tersebut telah mengaktifkan fungsi SOS melalui ciri komunikasi satelit pada iPhone 14 untuk memberikan maklumat mengenai situasinya. Berikutan dari itu, Pusat Tindak Balas Kecemasan Apple telah berkerjasama dengan pasukan penyelamat pergi ke koordinat GPS yang dihantar melalui komunikasi satelit.
Bertindak dari maklumat, lelaki tersebut telah berjaya diselamatkan dan tiada sebarang kecedaraan yang dihadapi. Pasukan keselamatan dilaporkan kagum dengan ketepatan maklumat yang diberikan melalui fungsi SOS melalui satelit.
Selain Apple, beberapa pengeluar lain seperti Huawei turut mempunyai keupayaan komunikasi satelit pada peranti mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN