Fungsi yang telah lama ditunggu oleh kebanyakkan pengguna WhatsApp akhirnya telah tiba. Fungsi yang di maksudkan adalah fungsi Undo, yang mana ia membolehkan pengguna untuk mengembalikan mesej yang telah dipadam tanpa sengaja.
"Delete for Me" 🤦🤦🤦
— WhatsApp (@WhatsApp) December 19, 2022
We've all been there, but now you can UNDO when you accidentally delete a message for you that you meant to delete for everyone! pic.twitter.com/wWgJ3JRc2r
Fungsi Undo ini secara automatik akan dipaparkan selepas anda memadam mesej melalui pilihan " Delete for Me". Namun begitu, pengguna hanya di berikan masa selama 5 saat untuk mengembalikan mesej sebelum pilihan tersebut hilang.
Fungsi ini telahpun tersedia untuk semua pengguna Android dan juga iOS. Malangnya, fungsi ini belum lagi tersedia pada peranti kami biarpun selepas dikemaskini.