Close

Google akan mengabungkan Waze dan Maps menjadi satu organisasi

Google dilaporkan akan mengabungkan dua aplikasi navigasi mereka iaitu Waze dan Maps menjadi satu organisasi bermula 9 Disember ini.

Gabungan ini dilihat akan lebih memudahkan pembangunan berkaitan fungsi baharu navigasi selain dapat menguruskan pemetaan dengan lebih baik. Namun begitu, Google tidak merancang untuk menggabungkan dua aplikasi tersebut menjadi satu, sebaliknya ia masih beroperasi secara berasingan.

Google membeli Waze Mobile pada Jun 2013 dengan nilai sekitar 1.3 billion. Tidak seperti Maps, Waze menyediakan data trafik yang lebih terperinci dan ia kini mempunyai lebih dari 150 juta pengguna aktif bulanan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN