Fungsi baharu ini membolehkan pengguna membuat carian melalui imbasan wajah pada gambar, dalam masa yang sama masih lagi menawarkan carian seperti Google Lens dengan memilih objek lain pada gambar untuk mendapat maklumat seperti lokasi, jenama, dan sebagainya.
Berikutan dari itu, mungkin anda perasan yang Google telahpun menggantikan ikon Google Lens kepada ikon baharu yang memaparkan ikon kanta pembesar bersama galeri.
Buat masa ini, fungsi tersebut masih lagi dalam fasa percubaan. Kami menjangkakan fungsi ini akan tersedia untuk semua pengguna dalam masa terdekat.