Close

Google Pixel 8 dilaporkan akan hadir dengan sensor dan sistem kamera baharu

Google Pixel merupakan peranti pertama yang menyokong fotografi HDR+. Jadi tidak hairanlah jika gambar yang dihasilkan oleh peranti Google Pixel sememangnya luar biasa.

Terkini, menurut Kuba Wojciechowski, Google Pixel 8 dilaporkan akan hadir dengan sensor dan sistem kamera baharu. Perkara tersebut merujuk kepada kod sumber aplikasi Google Camera Go yang memperlihatkan siri Pixel 8 akan mempunyai sistem HDR baharu yang dipanggil sebagai staggered HDR.

Google’s 2023 flagship Pixels to include support for staggered HDR – 🧵 pic.twitter.com/ZfWtwQBykY

— Kuba Wojciechowski⚡ (@Za_Raczke) December 19, 2022

 

Melalui staggered HDR, ia membolehkan imej diambil dengan lebih pantas biarpun terdedah dengan pencahayaan yang berbeza dengan piksel yang sama secara serentak. Sekaligus akan memberikan gambar HDR yang lebih baik dan lebih berkualiti berbanding model sebelumnya.

Seiring dengan perubahan pada sistem kamera, siri Google Pixel 8 juga dikatakan akan hadir dengan sensor kamera baharu yang berkemungkinan sensor ISOCELL GN2 berikutan sensor ISOCELL GN1 dikatakan tidak menyokong keupayaan sistem kamera baharu.

Namun begitu, maklumat ini masih terlalu awal untuk disahkan. Mungkin akan terdapat perubahan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN