Close

Henry Cavill bukan lagi Superman dalam filem DC – Ini sebabnya…

Henry Cavill melalui Instagram telah mengesahkan yang beliau bukan lagi sebahagian watak dalam filem DC sebagai Superman. Perkara ini juga disahkan oleh pengarah James Gunn.

Melalui perkongsian James Gunn, sebab utama Henry Cavill tidak lagi menjadi Superman adalah kerana arah tuju filem (Universe) yang berbeza dari filem sebelumnya. Menurut James, filem baru Superman yang diarahkan oleh beliau lebih memfokuskan kepada perjalanan hidup Superman sewaktu usia lebih muda.

 

Among those on the slate is Superman. In the initial stages, our story will be focusing on an earlier part of Superman’s life, so the character will not be played by Henry Cavill.

— James Gunn (@JamesGunn) December 15, 2022

Berikutan dari kenyataaan itu, James Gunn mungkin memerlukan pelakon yang lebih muda untuk menjadi Superman dalam filem (Universe) yang seterusnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN