Honda Sony Mobility bakal perlihatkan EV pertama mereka di CES 2023 - FUZZ.MY

Wednesday, December 21, 2022

Honda Sony Mobility bakal perlihatkan EV pertama mereka di CES 2023


Menjelang acara CES 2023 yang akan berlangsung pada Januari 2023. Honda dengan kerjasama Sony akan memperlihatkan kereta elekrtrik pertama mereka di CES 2023.



Berikutan dari itu, Honda dan Sony atau dikenali sebagai Honda Sony Mobility telahpun berkongsi video rasmi mengenai kereta elektrik pertama mereka. Melalui video yang berdurasi 14 saat itu, memperlihatkan  rekaan hadapan dan juga rekaan sisi kereta tersebut. Malangnya, tidak banyak maklumat yang didedahkan melaluinya.


Pada pengakhiran video tersebut memperlihatkan tarikh pengumumannya iaitu pada 4 Januari 2023. Melalui kerjasama ini, Honda dikatakan akan memfokuskan kepada kepakaran mereka iaitu pembuatan kereta, manakala Sony pula memfokuskan kepada sistem infotainmen dan juga media. Selain itu, kereta elektrik pertama ini juga akan diservis oleh pengedar Honda.


Namun begitu, kita hanya akan melihat kereta elektrik pertama ini di atas jalan raya menjelang tahun 2026, dengan Jepun akan menjadi pasaran pertama.


(Sumber)