Close

Honor menjadualkan acara pelancaran Honor X9a 5G pada 7 Januari 2023

Honor telah menjadualkan acara pelancaran peranti baharu mereka iaitu Honor X9a 5G pada 7 Januari 2023. Merupakan peranti kelas pertengahan yang menawarkan beberapa perkara menarik seperti dari segi rekaan dan juga spesifikasi.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Namun, melalui teaser awal yang diberikan, memperlihatkan Honor X9a 5G tampil dengan skrin OLED jenis melengkung bersama rekaan kamera belakang yang baru.

Selain itu, Honor X9a 5G juga dikatakan mempunyai ketahanan skrin yang sangat kukuh dan telah melepasi lebih dari 33 ujian ketahanan yang dibuat.

Bagi anda yang ingin mengikuti acara pelancaran Honor X9a 5G pada 7 Januari 2023, Acara tersebut akan turut berlangsung secara dalam talian melalui Facebook rasmi dan juga YouTube rasmi Honor Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN