Tiada sebarang perubahan dari segi spesifikasi, masih membawakan spesifikasi yang sama iaitu hadir dengan skrin bersaiz 6.74-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4700mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W, 50W tanpa wayar dan reverse wireless charge 7.5W.
Menggunakan sistem tri-kamera dengan sensor utama dari XMAGE 50 MP OIS sudut lebar + 13 MP ultra sudut lebar + 64 MP telefoto OIS. Sensor utama 50 MP turut menyokong sistem bukaan yang boleh diubah dari f/1.4 ke f/4.0. Manakala untuk swafoto ia tampil dengan sensor 13 MP.
Untuk yang berminat, Huawei Mate 50 Pro dengan warna baharu ini ditawarkan dengan harga RM4899 untuk 8GB+256GB. Boleh didapatkan bermula 10 Disember 2022, setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM300 berupa jaminan pelindung skrin selama 3 bulan, jaminan tambahan selama setahun dan tawaran eksklusif HMS.