Close

Huawei Watch Buds dilancarkan dengan harga mencecah RM1891

Huawei membawakan inovasi baharu pada peranti boleh pakai dengan memperkenalkan Huawei Watch Buds. Seperti namanya, peranti boleh pakai ini membawa reka bentuk 2 dalam 1 yang menggabungkan jam tangan pintar dan fon telinga dalam satu peranti.

Menarik mengenai peranti ini adalah, selain berfungsi sebagai jam tangan pintar, ia turut menempatkan dua fon telinga yang terletak di bawah skrin. Untuk mengaksesnya, pengguna harus membuka bahagian atas jam. Yang mana ia menggunakan penutup berasaskan magnetik.

Dari segi spesifikasi, Huawei Watch Buds hadir dengan rekaan bulat dengan skrin 1.47-inci AMOLED. Menggunakan binaan dari keluli untuk memberikan pengalaman yang premium. Seperti jam tangan pintar yang lain, ia turut hadir dengan pelbagai fungsi kecergasan seperti ECG, pemantauan denyutan nadi, Sp02, 80+ mod senaman dan sebagainya. Bateri 410mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 3 hari untuk penggunaan biasa.

Untuk fon telinga, ia membawakan rekaan seperti peluru dengan berat 4 gram dan bateri 30mAh setiap satu. Menyokong fungsi ANC dengan bateri mampu bertahan sehingga 4 jam untuk penggunaan biasa. Selain itu, ia turut menyokong kawalan sentuhan pada tangkai fon telinga.

Dari segi pengecasan, kedua-dua peranti boleh dicas secara serentak melalui pengecas yang tersedia bersama peranti. Harga jualan Huawei Watch Buds di China adalah sekitar RM1891 (CNY 2,988). Buat masa ini, Huawei Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN