Close

Huawei Watch D kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1999

Huawei kini sedia menawarkan satu lagi jam tangan pintar baharu iaitu Huawei Watch D untuk pasaran tempatan. Hadir dengan sejumlah fungsi menarik seperti fungsi pemantauan darah terbina dan juga ECG.

Huawei Watch D menggunakan rekaan segi empat tepat dengan skrin bersaiz 1.64-inci AMOLED resolusi 456 x 280 piksel. Menggunakan binaan aluminium yang dipadankan dengan tali berasaskan Flouroelastomer berwarna hitam. Seperti jam tangan pintar lain, ia turut hadir dengan sensor pemantauan kesihatan, pemantauan degupan jantung, pengesanan suhu, kitaran pola tidur, SpO2 dan juga kecergasan terbina.


Namun apa yang menarik dengan Huawei Watch D adalah, ia mampu mengukur tahap tekanan darah pengguna dengan tepat dalam julat 40 – 230mmHG dalam seminit. Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu pastikan jam tangan berada pada ketinggian yang sama dengan jantung sementara tangan sebelah lagi memegang siku. Sebagai peringatan, pengguna perlu duduk sekurang-kurang lima minit sebelum menggunakan fungsi ini.

Selain itu, ia peranti ini juga mampu untuk mengesan potensi risiko berkaitan dengan kesihatan jantung melalui analisi ECG. Ia juga mempunyai lebih dari 70 mod senaman secara terbina, penarafan IP68, Bluetooth 5.1, NFC dan lain-lain.

Dari segi ketahanan bateri, Huawei Watch D mampu bertahan sehingga 7 hari untuk penggunaan biasa dan menyokong pnegecasan tanpa wayar melalui pengecasan yang disediakan.

Untuk harga jualan, Huawei Watch D dijual pada tanda harga RM1999. Bagi yang berminat, pratempahanan akan bermula dari 12 hingga 23 Disember. Boleh didapatkan melalui kedai atas talian atau semua pengedar rasmi Huawei Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN