Close

Imej rekaan rasmi OnePlus 11 tertiris

OnePlus 11 dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2023. Tidak seperti model sebelumnya, OnePlus dilapor akan hanya membawakan satu varian sahaja pada OnePlus 11 bermakna tiada varian Pro akan ditawarkan pada kali ini.

Terbaru, imej rekaan rasmi OnePlus 11 telah tertiris melalui perkongsian dari GadgetGang. Imej tersebut memperlihatkan rekaan OnePlus 11 hadir dengan beberapa perubahan seperti rekaan kamera jenis bulat dan panel belakang melengkung.

Menariknya, butang ikonik OnePlus iaitu alert slider masih dikekalkan dan tidak ketinggalan ia masih lagi menggunakan penjenamaan kamera Hasselblad. Berdasarkan imej tersebut, OnePlus 11 dilihat akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Volcanic Black dan Forest Emerald.

Dari segi spesifikasi, OnePlus 11 akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci QHD+ 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM, storan UFS 4.0, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 100W. Untuk fotografi, ia dijangka hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50 MP IMX890 + 48 MP IMX581 + 32 MP IMX709. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16 MP.

Buat masa ini, OnePlus tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran bagi OnePlus 11. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN