Close

India bakal mewajibkan penggunaan USB-C pada semua telefon pintar bermula 2025


Kesatuan Eropah telah mengeluarkan arahan yang mewajibkan kesemua peranti elektronik menggunakan sambungan jenis USB-C menjelang tahun 2024.


Terbaru, menurut Business Standard, India juga bakal mewajibkan penggunaan USB-C pada semua telefon pintar bermula Mac 2025. Selain dari telefon pintar, India juga bakal mewajibkan penggunaan USB-C pada semua peranti boleh pakai. Namun, tiada pengumuman tarikh mengenai perlaksanaannya.

Keputusan untuk menggunakan USB-C pada telefon pintar dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada pihak berkepentingan dalam industri.

Perlaksanaan ini dilihat sebagai satu langkah bijak yang bertujuan untuk mengurangkan pembuangan sisa elektronik dan juga untuk mengurangkan pembaziran. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada akesori yang tersuai.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN