Close

Ini senarai peranti Oppo yang akan menerima kemaskini ColorOS 13

Samsung, Honor dan Asus antara pengeluar yang telah mengeluarkan senarai penuh peranti dan juga jadual kemaskini Android 13. Kini, giliran Oppo pula menyenaraikan peranti dan juga jadual kemaskini ColorOS 13 yang berasaskan Android 13.

ColorOS 13 secara asasnya membawakan beberapa perubahan antaramuka yang lebih baik bersama beberapa fungsi baharu yang lebih menarik seperti fungsi AOD baharu dan juga keupayaan merentas peranti yang dipertingkat.

Berdasarkan dari jadual kemaskini yang dikongsi, terdapat beberapa peranti telahpun menerima kemaskini ColorOS 13 seperti Find X5, Find X3, Reno 8, Reno 7, F21, K10, A97 dan juga A77. Manakala untuk kemaskini peranti seterusnya ia dipecahkan kepada beberapa bahagian yang bermula dari 15 Disember, 21 Disember, 28 Disember sehingga 29 Disember. Walaubagaimanapun, jadual kemaskini ini terarah kepada negara Perancis, India dan juga Indonesia.

Oppo turut menyatakan yang senarai peranti dan jadual kemaskini tersebut adalah anggaran dan mungkin terdapat perubahan dari masa ke semasa.

Sedang Dikemaskini

  • Oppo Find X5 Pro
  • Oppo Find X5
  • Oppo Find X3 Pro
  • Oppo Reno8 Pro
  • Oppo Reno8
  • Oppo Reno7
  • Oppo Reno7 Z 5G
  • Oppo F21 Pro 5G
  • Oppo F21 Pro
  • Oppo K10 5G
  • Oppo K10
  • Oppo A96
  • Oppo A77
  • Oppo A76

14 Disember

  • Oppo Find X3 Lite (Perancis)
  • Oppo Reno7 5G (India)
  • Oppo Reno6 Pro 5G (Indonesia, Arabi Saudi)
  • Oppo Reno6 5G (India)
  • Oppo Reno5 Pro 5G (Arab Saudi)
  • Oppo Reno5 5G (Indonesia)

21 Disember

  • Oppo Find X3 Neo (Perancis)

28 Disember

  • Oppo Reno6 Z (Thailand)
  • Oppo Reno5 Pro 5G (India, Pakistan)
  • Oppo Reno5 Z (UAE)
  • Oppo F19 Pro+ 5G (India)

29 Disember

  • Oppo Find X5 Lite (Perancis)
  • Oppo A74 5G (India, Indonesia)

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN