Close

iPhone 14 Pro dilaporkan mengalami masalah skrin

Jika sebelum ini, hanya pengguna iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang dilaporkan mengalami masalah skrin, yang mana skrin peranti bertukar menjadi hijau atau putih secara tiba-tiba selepas mengemaskini ke iOS 16.

Terbaru, pengguna iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dilaporkan mengalami masalah yang lebih kurang sama, skrin berkelip atau keluar garisan hijau apabila skrin dihidupkan.

Perkongsian yang dibuat melalui Reddit itu telah merekodkan berpuluh-puluh pengguna melaporkan mengalami masalah yang sama. Skrin berkelip dan mengeluarkan garisan hijau beberapa saat sebelum hilang selepas dihidupkan.

Berhubungan dengan itu, Apple telah memberi maklum balas mengenai masalah tersebut dengan menyatakan ia adalah masalah perisian dan bukannya masalah dari perkakasan. Namun, terdapat beberapa pengguna menyatakan masalah tersebut timbul sebelum kemaskini terbaru iaitu iOS 16.2.

Buat masa ini, Apple belum lagi melepaskan sebarang kemaskini untuk menyelesaikan isu tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN