Close

iPhone 15 mungkin hadir dengan sensor kamera baharu dari Sony

Apple dijangka akan membawakan keupayaan kamera yang lebih baik dari model sebelumnya, sekaligus akan menjadikan ia sebagai iPhone dengan kamera terbaik yang pernah dihasilkan oleh Apple.

Menurut laporan dari Nikkei Asia, Sony dikatakan akan membekalkan sensor kamera dengan teknologi terbaru untuk digunakan pada siri iPhone yang seterusnya. Sensor baharu ini dilaporkan mampu menangkap lebih banyak cahaya serta dapat mengurangkan underexposure dan juga overexposure.

Sensor baharu ini juga dikatakan dapat mengambil imej potrait dengan lebih baik biarpun dalam situasi backlight yang terang. Secara teorinya, sensor ini menggandakan tahap isyarat dalam setiap piksel yang membolehkan ia menghasilkan imej yang lebih baik dari sensor konvensional.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah sensor kamera baharu ini akan tersedia pada semua siri iPhone 15 atau hanya akan digunakan pada iPhone 15 Pro sahaja. 

Siri iPhone 15 dijangka akan membawakan beberapa perubahan yang ketara dari model sebelumnya seperti port pengecasan USB-C, cip A17 Bionic 3nm, 8GB RAM, rekaan baharu dan juga menggunakan binaan dari Titanium.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN