Close

iPhone kini menyokong rangkaian 5G di Malaysia – Ini yang perlu anda tahu

Berita gembira buat pengguna iPhone. Melalui kemaskini iOS 16.2 anda kini boleh mula menikmati rangkaian 5G di Malaysia.


                  

Namun begitu, tidak semua model yang menyokong rangkaian 5G. Antara peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia adalah seperti iPhone SE (2022), iPhone 12, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max, iPhone 12 mini, iPhone 13, iPhon 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13 mini, iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max dan iPhone 14 Plus.
Selain itu, buat masa ini, hanya Digi, Celcom dan U Mobile sahaja yang menyokong rangkaian 5G untuk iPhone. Sementara Unifi Mobile dan Yes masih lagi tidak menyokong rangkaian 5G. Kami menjangkakan, penawaran rangkaian 5G untuk Unifi Mobile dan Yes akan tiba tidak lama lagi.

Melalui penawaran ini, pengguna iPhone kini boleh menikmati kelajuan rangkaian melalui 5G dengan kelajuan purata sekitar 380 Mbps.

ARTIKEL BERKAITAN