Close

iPhone SE 4 mungkin tidak akan dilancarkan – Ini sebabnya…

Penganalisis terkenal Ming Chi-Kuo menyatakan yang Apple mungkin tidak akan melancarkan atau menangguhkan rancangan untuk pengeluaran iPhone SE 4 sehingga tahun 2024.


(1/5)
My latest survey indicates that Apple will likely cancel or postpone the mass production plan for the 2024 iPhone SE 4. I think this is due to the consistently lower-than-expected shipments of mid-to-low-end iPhones (e.g., SE 3, 13 mini, and 14 Plus),

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) December 21, 2022

 

Antara sebab mengapa Apple menangguhkan atau membatalkan pengeluaran iPhone 4 adalah disebabkan oleh permintaan model kelas pertengahan seperti iPhone 14 Plus, iPhone 13 mini dan iPhone SE 3 berada di paras rendah daripada jangkaan.

Kos pembuatan bagi iPhone SE 4 dijangka lebih mahal berikutan perubahan reka bentuk skrin yang digunakan sekaligus akan menjadikan harga jualannya lebih mahal. Berikutan dari itu, Apple perlu mempertimbangkan semula kedudukan produk dan pulangan pelaburan untuk iPhone SE 4.

Selain itu, penggurangan perbelanjaan pada produk baharu yang tidak perlu sedikit sebanyak akan membantu Apple untuk menghadapi cabaran kemelesatan ekonomi global pada tahun hadapan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN