Jim Carrey dan Elton John antara selebriti terkenal yang meninggalkan Twitter, sebab... - FUZZ.MY

Saturday, December 10, 2022

Jim Carrey dan Elton John antara selebriti terkenal yang meninggalkan Twitter, sebab...


Sejak pengambilalihan Twitter oleh usahawan terkenal Elon Musk, pelbagai perubahan yang diperkenalkan dan juga hujahan pengguna Twitter kerana tindakan beliau yang memecat pekerja Twitter dan mengubah polisi sedia ada. Lebih-lebih lagi mengenakan cas $8 untuk ciri pengesahan (Blue Tick).

Dengan perubahan baharu pada Twitter, ramai selebriti terkenal Hollywood mengambil langkah untuk tidak lagi menggunakan Twitter sebagai media sosial rasmi mereka. Antara selebriti yang terlibat seperti Gigi Hadid, Jim Carrey, Whoopi Goldberg dan ramai lagi.

Terbaru, penyanyi lagenda dari UK iaitu Elton John turut menyuarakan hasrat beliau untuk meninggalkan Twitter disebabkan oleh perubahan polisi baru dan penyalahgunaan maklumat yang dikatakan telah membahagikan antara dunia.


Hal ini telah menarik perhatian Elon Musk yang juga meminati lagu-lagu Elton John dan tertanya apakah penyalahgunaan maklumat yang dibimbangkan. Namun tiada jawapan dari Elton John.


Setakat ini, Tweet beliau telah cecah lebih 55K balas dan 25K Retweet dari pengguna Twitter lain.