Close

KKD dilaporkan sedang berbincang dengan syarikat telco untuk menurunkan harga perkhidmatan

Menteri Komunikasi dan Digital dilaporkan sedang berbincang dengan syarikat Telekomunikasi untuk menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

Menurut Fahmi Fadzil yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Digital, beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk berbincang dengan syarikat telco mengenai langkah yang boleh dibuat untuk mengurangkan kos perkhidmatan telekomunikasi.
Selain itu, beliau juga sedang meneliti langkah terbaik yang boleh dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan juga mengatasi masalah capaian rangkaian 4G dan 5G di sesetengah kawasan.
Dalam masa yang sama, Menteri Komunikasi dan Digital dijangka akan membuat satu pengumuman khas dalam beberapa minggu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN