KKD umum pakej perpaduan prabayar internet 30GB dengan kelajuan maksimum 3Mbps - FUZZ.MY

Wednesday, December 21, 2022

KKD umum pakej perpaduan prabayar internet 30GB dengan kelajuan maksimum 3Mbps


Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini mengumumkan pakej baharu internet iaitu pakej perpaduan yang memfokuskan kepada pengguna belia, OKU, B40, warga emas dan juga vateran.

 

Melalui pakej ini, pengguna akan diberikan data pengunaan sebanyak 30GB dengan kelajuan maksimum 3Mbps. Pakej ini akan ditawarkan dengan harga RM30 dan boleh diakses selama 6 bulan.


Pakej ini akan mula ditawarkan bermula Februari 2023 dengan beberapa syarikat penyediaan perkhidmatan seperti Maxis, UMobile, TM, YES dan Celcom-Digi akan menawarkan pakej tersebut.


Pakej perpaduan ini merupakan naiktaraf daripada pakej remaja yang ditawarkan hanya untuk pengguna berumur 12 hingga 24 tahun, dengan data penggunaan 20GB dengan tempoh akses 3 bulan pada harga RM30.


Selain itu, pakej ini adalah pakej asas yang disediakan oleh kerajaan dan terpulang kepada penyedia perkhidmatan sekiranya ingin menawarkan nilai tambah pada pakej tersebut. Pengumuman lanjut mengenai pakej ini akan dibuat oleh pihak telco dalam masa terdekat.