Close

Kutipan Avatar: The Way of Water mencecah $435 juta untuk minggu pertama

Selepas 13 tahun menanti, filem sekuel Avatar akhirnya menemui peminatnya melalui sekuel kedua yang bertajuk Avatar : The Way of Water.

Filem yang diarahkan oleh James Cameroon ini sememangnya luar biasa, kerana berjaya mengutip $134 juta (RM593 juta) pada minggu pertama tayangan iaitu sekali ganda dengan kutipan filem pertama beliau iaitu $77 juta (RM341 juta) untuk pasaran domestik di Amerika Syarikat.

Menariknya lagi, ia juga merupakan filem pertama arahan James Cameroon yang berjaya mencatat kutipan lebih dari $100 juta (RM442 juta) dalam masa satu minggu tayangan.

Manakala untuk kutipan antarabangsa, Avatar : The Way of Water telah mencatat kutipan yang lebih memberangsangkan iaitu dengan $435 juta (RM1.9 billion).

Dengan waktu tayangan yang masih lagi panjang, Avatar: The Way of Water mungkin bakal mencipta sejarah baharu perfileman.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN