Close

Lebih dari 200,000 data pengguna Unifi Mobile terjejas akibat kebocoran data


Sebelum ini, lebih dari 13 juta data pengguna Malaysia telah diiklan untuk dijual yang melibatkan data pengguna Maybank, Astro dan SPR. Terbaru, TM (Telekom Malaysia) turut mengesahkan yang syarikat tersebut turut terkesan dengan kebocoran data.


Menurut TM, lebih dari 200,000 pelanggan Unifi Mobile terjejas akibat dari kebocoran data yang melibatkan pelanggan individu dan juga PKS. Jenis data yang dibocor adalah seperti nama pelanggan, nombor telefon dan e-mel. Tiada maklumat yang tertiris dakwa TM.


Berikutan dari itu, TM telahpun menghubungi pelanggan yang terjejas dan pihak berwajib seperti (National Cyber Coordination & Command Centre (NC4), Jabatan Privasi & Perlindungan Data (JPDP) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai insiden tersebut.


TM menyatakan tiada sebarang gangguan perkhidmatan terjejas akibat dari kebocoran data. Dalam masa yang sama, pemantauan teliti sedang dibuat untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang. TM turut menasihati pelanggan mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima komunikasi daripada pihak yang tidak dikenali.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN