Close

Logo baharu Celcom Digi diperlihatkan – Ini yang anda perlu tahu

Seperti yang kita tahu, Axiata Group Berhad (Celcom) dan Telenor Asia Pte Ltd (Digi) telahpun bergabung. Sekaligus menjadi ia sebagai syarikat Telekomunikasi terbesar di Malaysia.


Berikutan dari penggabungan itu, perubahan pertama yang dibuat adalah tampil dengan logo baharu. Yang mana, ia masih lagi mengekalkan penggunaan konsep huruf yang sama seperti sebelum ini. Selain itu, logo baharu ini tampil dengan gabungan dua warna iaitu kuning dan biru.


Buat masa ini, tiada lagi perubahan baharu yang dibawakan oleh Celcom Digi selain dari tampil dengan logo baharu. Selain itu, tiada juga pengumuman pakej atau pelan baharu untuk Celcom Digi. Namun, perubahan besar dijangka akan dilakukan pada masa akan datang.


Untuk perihal lain, pengguna Celcom masih lagi perlu pergi ke Celcom Life untuk sebarang urusan dan sebaliknya untuk pengguna Digi. Aplikasi seperti Celcom Life dan MyDigi akan terus berfungi seperti biasa. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman rasmi FAQ Digi.

ARTIKEL BERKAITAN