Close

Maybank perkenalkan fungsi DuitNow Request

Maybank sedia memperkenalkan fungsi baharu iaitu DuitNow Request pada aplikasi Maybank2U dan MAE. Melalui fungsi ini, pengguna boleh menghantar permintaan kepada pengguna lain untuk membayar kepada anda dengan hanya satu klik sahaja.

Fungsi DuitNow Request turut menyokong beberapa perbankan lain yang menyokong DuitNow seperti Maybank, HSBC, Bank Mualat, OCBC, Bank Islam, Standard Chatered.

Selain itu, tiada sebarang caj akan dikenakan untuk sebarang transaksi DuitNow Request di bawah RM5000, dan cas sebanyak RM0.50 sen akan dikenakan sekiranya transaksi melebihi dari RM5000.

Bagi yang ingin menggunakan fungsi ini, ianya boleh dilakukan melalui aplikasi Maybank2U atau MAE dengan beberapa langkah mudah. Iaitu pilih akaun untuk permintaan, kemudian pilih kategori Send & Request, seterusnya pilih DuitNow Request.

Selepas permintaan dihantar, penerima akan menerima notifikasi pembayaran yang mana ia akan memaparkan jumlah nilai dan memerlukan pengesahan sebelum transaksi berjaya dilakukan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN