Close

MediaTek Dimensity 8200 dilancarkan – Menggunakan binaan 4nm dengan kelajuan mencapai 3.1Ghz


MediaTek melancarkan satu lagi cip baharu iaitu Dimensity 8200. Melaluinya, ia hadir dengan kemampuan setaraf cip andalan bersama beberapa ciri lain seperti Vulkan SDK dan juga Hyper Engine 6.0.

Dimensity 8200 dibina dengan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan konfigurasi 1+3+4 dengan teras utama Cortex A-78 yang mencapai kelajuan sehingga 3.1Ghz, 3 teras Cortex-A78 dengan 3.0Ghz dan 4 teras Cortex-A55 dengan 2.0Ghz. 

Selain hadir dengan peningkatan prestasi dan graifk yang lebih baik, Dimensity 8200 turut hadir dengan peningkatan dari segi kamera yang mana ia menyokong sehingga 320 MP bersama dengan ISP baharu Imagiq 785. Dari segi sambungan, Dimensity 8200 menyokong sambungan rangkaian dwi-5G, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

Buat masa ini, iQOO Neo7 SE merupakan peranti terawal yang hadir dengan cip Dimensity 8200. Selain iQOO, Redmi K60E turut dijangka akan hadir dengan cip yang sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN