Mercedes-Benz bakal menawarkan model EV EQE 350+ untuk pasaran Malaysia - FUZZ.MY

Tuesday, December 13, 2022

Mercedes-Benz bakal menawarkan model EV EQE 350+ untuk pasaran Malaysia


Mercedes-Benz Malaysia memberikan bayangan awal, yang mana mereka bakal membawakan model EV EQE untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.



Maklumat tersebut disahkan melalui perkongsian Facebook rasmi Mercedes-Benz Malaysia. Perkongsian itu memperlihatkan imej belakang model tersebut dengan ayat "Awaken your sense". 



Model EQE 350+ merupakan sebuah kereta EV dari segmen E-Class, tetapi ditawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding model EQS.



Dari segi harga jualan, Model EQE 350+ mungkin akan dijual pada harga sekitar RM400K sehingga 450K. Buat masa ini, Mercedes-Benz Malaysia belum lagi memberikan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya.


(Sumber)