Mercedes-Benz EQE 350+ dikuasakan dengan bateri lithium-ion 90.56 kWH yang mampu bergerak sejauh 669 km. Selain itu, EQE 350+ turut mampu menghasilkan kuasa sehingga 292 hp dan tork 565 Nm.
Kelajuan maksimum EQE 350+ adalah sekitar 210 km/j dan mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.4 saat. Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecas jenis AC 22 kW yang mengambil masa sekitar 4.25 jam untuk satu isian penuh. Selain itu, ia juga turut menyokong pengecasan jenis DC 170 kW yang mampu mengecas dari 10 % ke 80 % hanya dalam 32 minit.
Di Malaysia, Mercedes-Benz EQE 350+ dijual pada harga RM419,888 dengan 10% cukai SST. Setiap pembelian akan menerima jaminan standard selama 4 tahun dan 10 tahun jaminan bateri atau 250,000 km.