Nothing OS Beta 1.5 kini tersedia untuk pengguna Nothing Phone (1) - FUZZ.MY

Friday, December 16, 2022

Nothing OS Beta 1.5 kini tersedia untuk pengguna Nothing Phone (1)


Nothing sebelum ini telahpun membuka peluang untuk semua pengguna mereka untuk menyertai program beta Nothing OS 1.5 dan akan mula menerima kemaskini pada pertengahan Disember ini.


Berikutan dari itu, Nothing hari ini telahpun melepaskan kemaskini beta pertama mereka dibawah Nothing OS 1.5. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi prestasi sistem operasi, fungsi dan juga perubahan pada antaramuka yang lebih baik dari sebelumnya.


Antara fungsi yang dibawakan pada Nothing OS 1.5 adalah seperti Clipboard Preview, Media Control, Bluetooth pop-up window, Volume Control, Material UI, Weather App, Privasi yang lebih dan lain-lain. Selain itu, Nothing OS 1.5 turut membawa peningkatan sebanyak 50% dari segi kepantasan membuka aplikasi.



Bagi pengguna yang menantikan versi stabil untuk Nothing OS 1.5. Ia dijangka akan mula tersedia untuk semua pengguna seawal 2023.


(Sumber)