Close

Nothing Phone (1) dengan storan 128GB kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM1499

Nothing kini sedia menawarkan satu lagi pilihan storan untuk pasaran Malaysia, menjadikan ia kini mempunyai tiga pilihan storan dalaman. Pilihan storan terbaru ialah 128GB dengan 8GB RAM yang ditawarkan dengan harga lebih mampu milik iaitu RM1499.


Untuk spesifikasi, Nothing Phone (1) hadir dengan skrin bersaiz 6.55-inci OLED 120HzSnapdragon 778G+, kamera utama 50MP, bateri 4500mAh, pengecasan pantas 33W, penarafan IP53 dan sistem LED Glyph.



Sebelum ini, Nothing Phone (1) ditawarkan dalam dua varian sahaja iaitu 8GB+256GB (RM2399) dan 12GB+256GB (RM2699). Kini, ia hadir dengan penawaran baharu iaitu 8GB+128GB dengan harga RM1499.



Dalam masa yang sama, Nothing turut menawarkan diskaun sebanyak RM400 untuk varian sedia ada, menjadikan harga baharu bagi 8GB+256GB adalah RM1999 dan RM2299 untuk 12GB+256GB. Selain itu, terdapat juga diskaun sebanyak 10% untuk pembelian Nothing Ear (Stick).

ARTIKEL BERKAITAN