Close

Nothing Phone (2) tidak akan dilancarkan, tapi…

Buat peminat teknologi yang menantikan Nothing Phone (2), anda mungkin perlu menunggu lebih lama berikutan Carl Pei tidak merancang untuk melancarkan pengganti Phone (1) dalam masa terdekat.


Perkara tersebut merujuk kepada hantaran Tweet yang dikongsi oleh Carl Pei, menyatakan Nothing tidak akan melancarkan Phone (2) dalam masa terdekat kerana lebih memfokuskan kepada penambahbaikan produk sedia ada dan tidak akan melancarkan terlalu banyak produk seperti pengeluar lain.
Dalam masa yang sama, Nothing Phone (1) masih lagi keutamaan dan sedia untuk menawarkan pengalaman perisian yang lebih baik melalui Android 13 dan seterusnya.
Kita mungkin akan melihat Nothing Phone (2) dilancarkan dalam satu tahun atau dua tahun akan datang. Memandangkan ia masa yang sesuai untuk Nothing melancarkan peranti mereka yang seterusnya.
Nothing ketika ini mempunyai tiga produk utama iaitu Nothing Ear (Stick), Nothing Phone (1), dan Nothing Ear (1). Ketiga-tiga produk ini sedia ditawarkan untuk pasaran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN