Selain dari berkongsi mengenai tarikh pelancarannya, Nubia turut berkongsi beberapa imej awal yang memperlihatkan reka bentuk Red Magic 8 Pro. Berdasarkan dari imej tersebut, dapat dilihat yang Red Magic 8 Pro tampil dengan reka bentuk yang berbeza dengan menggunakan bingkai jenis rata.
Selain itu, ia juga turut hadir dengan kemasan panel belakang yang berbeza iaitu lutsinar dan juga matte. Masih mengekalkan tetapan tri-kamera belakang, tiada sebarang maklumat mengenai sensor kamera yang akan digunakan.
Menggunakan panel hadapan jenis rata bersama kamera swofoto di bawah skrin seperti mana pada model sebelumnya. Red Magic 8 Pro dijangka akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu cip Snapdragon 8 Gen 2.
Buat masa ini, Nubia tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang akan dibawakan pada Red Magic 8 Pro. Seperti biasa, menjelang hari pelancarannya, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan.